Wednesday, October 28

How To Move On

Tak mudah nak move on. Lagi lagi bila crush kau masih single kan?hahaha

Kat sini aku bukan nak cerita pasal crush. Ini pasal ex kau. Perpisahan memang pedih, kaca, bucu, tajam, paku, tisu.  Perumpamaan je semua tu. Kat sini aku nak ajar korang macam mana nak move on. Ini dalam konteks mereka yang dikecewakan.

Aku bukanlah pakar dalam bab ni tapi sedikit sebanyak pengalaman mengajar. Ajar kau supaya berhati hati dalam bercinta. Jangan kemaruk sangat. Memang awal awal indah, last last tengoklah siapa yang kecundang.

Move on ini ambil masa. Ada sebulan ada 2 bulan paling kritikal 5 tahun. Come on lah takkan kau nak stick pada yang satu. Lagipun kau yang dikecewakan. Buat apa nak kejar benda yang tak pasti.

Ada yang putus tunang lepas tu duit yang ready untuk hari bahagia tak tahu nak buat apa. Hah senang je, kononlah duit hantaran kau RM10k kan. Apa lagi, melaburlah pada benda yang pasti. At least kau boleh beli rumah lelong, lepastu kau sewakan. Boleh jugak survive dengan duit sewa rumah tu kan?

"Hah kau cakap senang."

Memang bukan senang beb. Tapi nak taknak kau kena hadaplah.

Point no. 1 aku disini
Dekatkan diri dengan Maha Kaya Cinta, Allah.
Kalau kau dah takda tempat mengadu, Allah sentiasa merindui kau untuk mengadu padanya. Mengadulah padanya. Bersedihlah padanya. Luahkan segalanya dengan solat dhuha.

2. Sibukkan diri dengan kerjaya
Kau ada kerja kan? Janganlah bawak perasaan tu kat tempat kerja. Memang, aku pun macam tu. Tapi tak lama, persekitaran kita membantu kita menjadi kuat. Rakan sekerja membantu menceriakan hidup kita. Be professional.

3. Jauhkan diri dengan EX kau
Rindu? Tapi apa kau boleh buat. Dia taknak kau, buang masa kau je rindu kat dia. Baik kau rindu kat Allah. Kan?
Cubalah sedaya upaya untuk tidak bertembung dengan Ex kau buat seketika.

4. Memaafkan.
Maafkan jelah Ex kau tu. Toksah nak benci geram pergi kelar leher dia pulak. Bertamadunlah. Memang awal awal berpisah kau akan cuba untuk cari gaduh sebab kau mahukan perhatian dia. Gaduhlah gaduh. Lepaskan geram tapi cukuplah sehari. Esoknya kau minta maaf dan memaafkan jelah.

5. Be Strong
Be strong, pergi gym. Sadokan diri. Pergi surau, masjid sadokan iman. Kan? Its better than be a weak zombie. Dahlah sado, ustaz pulak tu. Market kau akan lebih tinggi lepas ni. Insha Allah. Konfom lepas ni kau lebih konfiden dengan diri kau.

6. Confident
Percaya cakap aku. Bila kau dah berkerjaya, sado, ustaz pulak tu. Level konfiden kau lain macam pergi dia. Tapi janganlah berlagak dan riak pulak. Be cool and cool.

7. Bercampur dengan Circle hidup baru
Bercampur dengan kawan baru. Beramah mesra dekat tempat kerja, gym, dan surau. Mana tau boleh sangkut dengan anak pak imam kan? Mana kita tahu hihi

Tak susah pun nak move on. Tapi bersedih tu kadang kadang menyeronokkan. Rasa macam "eh dah lama aku tak menangis sebab perempuan kan". Its good to our heart. Bermakna hati kita masih ada rasa kasih sayang, masih lembut. Hati yang lembut mudah dilentur. Ye dak?

Ini semuanya korang boleh praktikkan. Aku jusy boleh nasihat mengikut hati naluri aku je. Segalanya aku guna untuk diri sendiri.

Adios. Selamat malam.

Thursday, October 22

Cerita Pakwe dan Makwe Edisi 2015

Hi hi hi hi hi korang. Dah berzaman dah kan tak update Edisi Pakwe Makwe ni kan? hehehe
Setelah dua, eh tiga eh, berapa tahun tah Edisi Pakwe Makwe ni terbengkalai, baru lah sekarang gua ada idea apa nak update.

Sudah tentulah idea ni datangnya dari pengalaman dan pemerhatian aku selama 3 tahun ni. Wei lama kot gua buat pemerhatian, gua perhati je awek tu, gua perhati je awek ni, tapi jangan perhati lama sangat kang tak pasal pasal basah. kihkih

Di sini gua nak bagi tajuk pasal Edisi Pakwe Makwe kali ini.

Putus Tunang, Bercerai barai, dan Frust Menonggeng

Biasanya Edisi Edisi sebelum ni aku akan cerita permulaan perkenalan, bahagianya bercinta, bahagianya oh cinta, bahagianya, yelah bercinta semua bahagialah. Sebab apa lepas gaduh, baik semula adalah suatu nikmat bahagia dunia. Nikmat kasih sayang yang Allah beri pada umat manusia.

Tapi kali ni aku nak cerita pasal, kekecewaan. Orang cakap kalau kau tengah frust, lepas tu kau pergi merempit, konfom menonggeng lah. Itu yang jadi frust menonggeng.

Kekecewaan itu berlaku dalam setiap perhubungan. Semua manusia pernah dikecewakan, tak kira lelaki atau perempuan. Dekat sini aku bukan nak cerita betapa sedihnya kecewa itu, tetapi bagaimana kita mahu menghadapi kekecewaan tersebut.

Macam biasa, bila kecewa, kita akan menangis, kita akan bersedih, kita hanya memikirkan memori indah sahaja tanpa sedikit pun memikirkan memori buruk sepanjang percintaan. Kita bersedih, bila lagu kegemaran pasangan anda berkumandang di corong-corong radio, membuatkan anda teringat pada si dia.

Tapi, kita sebenarnya tak boleh meratapi orang yang dah pergi. Sama juga yang telah pergi ke Alam Barzakh, kita tak boleh meratapi. Kita hanya boleh merindui. Sebab apa bila orang meninggal, kita disarankan membacakan Yassin? Untuk memberi ketenangan bukan saja pada diri kita yang masih hidup, juga kepada si mati.

Jadi point pertama aku kat sini ialah, 1.Bacalah Yassin. Ini aku fikir secara logik dan ikut pengalaman aku. Bila aku bersedih sebab kecewa, tiap malam aku baca Yassin, Alhamdulillah hati pun tenang.

2. Jangan Bersendirian
Memang, manusia bila kecewa, suka bersendiri duduk dalam bilik, sumbatkan earphone ke dalam corong telinga, pasang lagu bertemakan "HeartBroken", "YouBreakMyHeart", "SadLoveStory". Macam tu lah lebih kurang. Lepas tu layan perasaan, menangis menangis dan menangis. Dahlah, cukup lah kau menangis satu malam je. Lebih baik kau sibukkan diri kau dengan kerja atau kawan. 

3. Ceritakan Masalah Anda
Kita dah sibukkan diri dengan kawan kita kan? Ok konon lah kita pergi melepak dengan kawan dekat kedai mamak la obviously. Topik paling hangat masa tu mesti "Kisah Cinta Abu Yang Kecundang". Ya, Abu mungkin akan start topik pasal hubungan dia dengan si Joyah lah. Dia akan bertanya satu persatu, apa jalan penyelesaian, apa yang terbaik untuk dia, apa yang patut dia buat. Memang, ini pun dari pengalaman aku jugak. hehe
Secara langsung, mungkin Abu akan lebih sedar, dia mempunyai rakan yang sangat mengambil berat tentang dirinya.

4. Kembali Ke Jalan Lurus
Tiada cara lain untuk mencari ketenangan. Jagalah solat anda. Kalau anda masih bersedih, mengadulah pada Yang Maha Mengasihani, Allah. Dia memang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati kita semua. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin kau lupa pada Yang Maha Esa, lalu rezeki kau ditarik. Dalam bercinta ni, kita tak boleh gila sangat mencari cinta membuta tuli. Baru aku sedar yang kita punya jodoh ni, Allah dah tentukan. Kita tak payah nak bersedih sangat lah. Kalau dulu aku jahil la jugak, tapi selepas aku sedar, aku ada semua, satu je aku tak da, kasih sayang. Allah tarik rezeki tu dari aku sebab aku lupa padanya. Sebab aku lalai dalam hidup. Sebab aku terlalu berfoya foya. Berfoya foya maksudnya bukan pergi kelab malam hei. hihi

5. Percaya Dengan Qadha dan Qadar
Terima takdir kita, jangan tangisi sangat, mungkin ada yang lebih baik buat kita. Allah dah jadikan setiap manusia berpasangan, jangan lah risau sangat. Tak payah lah kita pening otak fikir siapa lah yang jadi bini atau laki kita kan? Kalau boleh nak jugak orang yang kita suka yang kita sayang sekarang ni. Tapi tak payah fikir benda tu. Semuanya dah termaktub, kalau kau ikut jalan Allah, kau akan diredhai. Kalau kau ikut jalan sesat, kau akan dimurkai.

Insaflah wahai rakan. Aku pun tengah cuba menginsafkan diri dan kembali ke jalan yang lurus.
Doakan aku istaqamah lah ye. hehe

Adios.


p/s: Cerita ini bukan rekaan semata-mata, diadaptasi dari Novel Rombastic The Brghtsde Legends. Adios. 

Saturday, October 17

Huhu

Huhu sebenarnya aku rindu, tolong jangan bagi aku berhuhu sampai mereput.

Ye? Huhuhuhuhuhuhuhuhu

Adios

Tuesday, October 13

Salam Maal Hijrah 1437

Hah, korang tak tahu ke esok kita sambut New Year beb, New Year. Janganlah kita lupa pada tahun baru umat Islam ni. Hipokrit la kejap. Tunjuk sikit kat generasi akan datang, yang kecik kecik tu, yang baru nak abis sekolah tu. Hipokrit kejap. Lama-lama mana tahu kita pulak yang dapat hidayah. Ye dok?

Jangan dok asyik sambut new year kalendar Masihi je wei. Jangan dok pikir nak main bunga api la, konsert ambang tahun baru la, buat baby tahun baru la. Buat baby bagi yang halal takpe lah. Ini yang haram. Jauhkanlah dari aku.

Jadi, marilah kita bersama sama maaf memaafi sesama kita. Mungkin hati masih pedas perit tapi memaafkan itu lebih baik. huhu





 Salam Maal Hijrah 1437.


Monday, October 12

Lagu-lagu Terbaru Akademi Fantasia 2015

Semalam AF2015 dah habis kan? Sufi pulak jadi pemenang. Dan semalam aku tak tengok pun AF tu. Tapi aku tertarik dengan lagu mereka yang dimainkan di radio ERA.
Kat sini aku nak listkan lagu-lagu mereka.

Selamat menonton.



Copyright to Astro Gempak YouTube Channel

Adios.

p/s: Aku rasa lagu si Syamel lagi power la. Tak gitu?

Saturday, October 10

Hari Sukan Negara - Tips Motivasikan Diri Untuk Sihat

Wei, korang kat luar sana tu, korang rasa korang gemuk tak? Korang rasa badan tu berat macam gajah tak? Baju rasa sempit tak? Spender koyak tengah? Getah dah loose? Kahkahkah, korang memang gemuk la tu.

Aku pun mengalami perkara yang sama sebenarnya. Secara tiba tiba baju tak muat,baju ketat. Dahla pakai skinny jeans,betis terasa ketat.
Dan secara tiba tiba, aku dapat inspirasi untuk kembali fit dan sado. Bukan apa, tahun lepas aku dah start mensadokan diri,tapi start September 2014, sampai la April, pastu aku kembali kepada bentuk asal.

Nak capai target tu susah, nak gemuk tu senang. Makan makan dan makan. Time bahagia lagi la banyak makan.Semua benda orang suap.

Macam mana aku tiba tiba termotivate nak kembali diet?

Bermacam.

1. JANJI
Dulu, dulu la, lebih kurang 4 minggu lepas, aku berjanji pada someone, aku nak berubah kembali. Keep fit semula. Sebab aku nak buat dia bangga ada aku yang sado. kahkahkah. Dulu lah. Bila aku dah janji, aku kena buat lah.Tak kisah la dia tinggalkan aku ke. Berpegang pada janji. Please lah!

2. KECEWA
Ye, bila kau dah janji, pastu kau dikecewakan pulak. Aku ni bukan nya jenis meratapi pemergian orang, melainkan mak ayah aku, adik beradik aku. Orang dah taknak kita buat apa kita masih kejar lagi kan? Itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus berusaha ke arah kekentalan fizikal dan mental. Ia memberi motivasi pada diri. Bila dah sado nanti, ada la awek nak kat hang, gitu.

3. TERASA GEMUK
Aku boleh dikatakan, setiap tahun mesti bersenam. Dulu, masa matrik, tiba tiba aku gemuk. Dan tiba tiba jugak naluri mengatakan aku perlu bersenam,bagi body tu tak gemuk tak kurus lah. Dan tidak semena mena,aku start joging,buat kat rumah je, kat bilik.

4. SPEND DUIT
Cara aku nak motivate diri, spend duit. Dengan niat nak berubah, kau gamble. Kau gunakan wang yang kau ada untuk beli healthy food, beli muscle food, beli protein, beli sportswear. Tapi bukanlah sebulan tu kau beli semua. Kau relax. Mula mula try pergi shopping healthy food. Dan masak sendiri dengan alat perkakas dapur yang korang ada. Bila kau dah sebulan start makan healthy food, kau akan start workout. Ni untuk beginner lah. Bulan pertama, kau workout pakai baju biasa je tshirt tracksuit etc. Then bila kau dah minat, kau akan cari sportswear, macam baju jersi, compressed tight. Camtula aku. Dengan secara tiba tiba, kau akan amalkan cara hidup macam tu. Kau nak berhenti workout dan diet pun terasa rugi sebab kau dah spend duit yang banyak.

5. PUBLIC KAN NIAT KAU
Hehe secara tak langsung, bila kau publickan dekat blog, dekat facebook, instagram semua, ramai yang akan memberi kata kata semangat kat kau. Kau terasa femes kejap. Tapi jangan terlampau sangat. Jadikan ianya sebagai motivasi pada diri kau. Relax, cool. Kau update kat twitter "Start Today, Aku akan amalkan hidup secara sihat" dan post lah gambar gambar makanan yang kau masak, sumber protein kau. Secara tak langsung jugak, akan motivate orang lain untuk kembali sihat.

6. AJAK KAWAN KAWAN JOIN
Ajak kawan anda join sekali amalkan hidup yang sihat. Mungkin bab ni susah, sebab diorang belum tengok perubahan pada diri kau. Tapi bila diorang dah tengok ko sado, ko lean, konfem aku cakap ramai yang bangga dan nak jadikan kau idola mereka. kehkeh
Ramai coach coach buat macam ni. Kau bukan saja membantu diri kau, malah orang lain. Kan?

Hah, oklah, penat weh tulis panjang panjang ni. Kalau korang nak lebih tips, aku akan cuba update di instagram aku, sebab kat sana ada gambar makanan, gambar aku workout. Come on! Change yourself before you change the world!

Adios.

P/S: Kalau awek kau tak sayang kau bila kau gemuk, kau tinggalkan je. Takkan la nak tunggu kau kurus baru nak sayang ye dak?kehkehkeh
Follow me on Instagram @msaiful_bahari

Wednesday, October 7

25 Days Meal Plan

Haha ha ha hai Good Morning. So post kali ni, aku rasa malas lah nak cerita pasal awek ke, kisah cinta ke, pergi mampus semua tu. Sebab apa pergi mampus? Sebab bila bermain dengan hati ni, dari sayang jadi benci. Dari benci jadi 'ah pergi mampus lah kau'. Kan? Tak elok kalau fikirkan selalu. Dosa tu.
Aku nak cerita pasal Meal Plan aku untuk 25 hari yang mendatang.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk Day 3 Week 1. Makanan yang aku ambil pun berkhasiat dan seimbang. Badan pun dah rasa ringan. Baju saiz M pun dah boleh muat balik. Kihkih

Ceritanya, sebelum aku start Meal Plan ni, aku dah start keep fit dua minggu yang lalu. Balik je kerja, terus aku tukar tukar baju, pergi joging. Lokasi joging tu rahsia lah. Takut ada yang mencari kang. Kahkah

Alhamdulillah jugak, sejak tukar kerja baru ni, kepala tak stress. Balik awal. Balik pun masih ada matahari atas kepala. Rasa macam heaven. Yelah selama aku bekerja 2 tahun tak pernah rasa nikmat balik waktu siang. Biasanya balik balik terus rasa sejuk je. Bulan mencanak atas kepala.

Dan juga, masih terlalu awal untuk berasa bangga dengan kejayaan hari ni. Relax. Cool. Jangan bangga sangat takut nanti lupa diri. Berat pun aku tak timbang lagi. Tunggu habis 25 days meal plan baru aku timbang. Kemungkinan ikut kalendar meal aku tamat 6 November.

Untuk meal plan ni pulak, aku spend banyak. Everyday dalam RM50++. Mahal kan? Mahal beb. Takpe, aku cuma nak try je. Kalau menjadi, apa salahnya repeat lagi. Demi kesihatan diri sendiri jugak. Kang dah sado balik ramai la awek datang. Kahkah.

And this week jugak, aku masih belum buat any exercise. Selain futsal dan joging,aku perlu buat exercise lain seperti angkat berat ke, angkat diri ke, membawa diri tu dah selalu buat. (Usah dikenang benda yang lepas).

Buat apa nak sedih sedih, murung, takda mood smua tu? Rosakkan diri dan prestasi kerja je, ye dak?

Tipu lah aku tak sedih, sedih tapi aku dah lega sebab aku dah lepaskan semuanya.

Kalau korang berminat, bolehlah usha ezdiet.com.my ok!

Adios.

P/S: Manipulasikan tenaga negatif ni menjadi tenaga positif untuk gerak ke depan. Benda benda gini dah selalu memotivasikan aku. Aku ni Raja, bukan madu. Pui.