Header Ads


Aku Gagal

Patutnya aku cerita benda ni dah lama dah. Tapi nak cakap aku sedih, xdela sedih gila babi sangat sampai nak bunuh diri. Aku ni masih berharga wei.

Tapi, ya la. Aku gagal bab bercinta ni. Siapa yg xpenah rasa lonely kan? Semua org pernah dan ada rasa inginkan seseorang yang take care ttg kau, tanya khabar kau. Memang kau nak kan?

Aku gagal. Rakan2 aku ingat aku berjaya menambat hati awek ni tapi sebenarnya tidak. Aku tak berjaya. Sampai ke hari ni aku senyap sebab aku rasa aku patut protect dia. Protect macamana? Dengan mengiakan saja cerita dan apa yg mereka fikirkan.

Dan sampai saat ini, aku patut bagitahu kau orang, sebab aku dah terbeban kalau aku simpan lama lama.
Memang, kalau kau nak let go, kau let go semua sekali.

Tiada lagi kejar bayang. Mesej2 lama yang aku anggap mesej paling sweet,padahal dia biasa je ngn aku. Aku yang over dan salah anggap. Biasalah, kau bila dah suka seseorang, kalau dia dah layan kau, kau mesti anggap dia suka kau. Kan?

Semua org mcm tu. Aku tahu.

How do i protect her? Dengan mendiamkan diri dan mengiakan saja apa yg orang tanya. Supaya orang takkan fikir yang dia dah dump aku.

Aku rasa, pada pandangan masyarakat keliling or my circle, aku dah buat habis baik. Paling baik. Usaha bermacam macam. Ya. Aku memang dah berusaha bermacam macam untuk menang hati kau.

Tapi apakan daya, susah nak menang hati perempuan. Even aku dah try dari tahun lepas hari yang sama. Pada aku, bulan 5 2013 adalah hari yang aku rasa oh bahagia sungguh.

Sebab dari situ kami mula kenal. Dan mula bermesra. Tapi aku dapat jangka yang ini semua tak lama.

Dan setahun berlalu. Masih tiada progress. Aku berhaluan kiri, dia berhaluan kanan. Masing2 mencari haluan masing2.

Dan akhirnya, aku rasa aku patut lepaskan kau. Aku tahu kau memang dah lama buang segala kenangan dulu. Even kita belum ada apa. Itu semua aku simpan dalam kotak hati. Yang nyata, akan ku buang segala.

Dan, aku cuma berharap, kau dapat cari pasangan yang aku rasa lebih hebat dari aku. Aku rasa, tiada org sehebat aku.

Dan harap kau bahagia.

Adios.

No comments

Powered by Blogger.