Header Ads


aku kau dan 2013

Hey hey hey, dah 2014 lah wei. Berak pun masih tak basuh? Celaka celaka. Haha. Memandangkan 2013 dah tutup tirai, aku nak kasi review sikit pasal 2013, perkara perkara yang happening dalam hidup aku.

Januari 2013
Emm. Tak banyak perkara aku ingat awal tahun lepas. Emm ape ye. Takde highlights. Yang penting waktu ni hati aku keras macam batu. Ingat lagi aku, kali terakhir hati aku tisu, 1st year, iaitu tahun 2009. Dah lama berbatu dah ni. hmmm.

Februari 2013
Zaman ni, zaman jahiliah, kaki ponteng, kaki toyol, emm ape lagi. Hah bulan ni yang start masuk kelas semester 8 kan? Hah time ni PSM dan memang PSM aku dah siap awal. Memang, kalah orang lain, tapi....

Mac 2013
Aku rasa masa ni, masih lagi sama dengan februari, takde ape beza, aku tetap power dalam PSM walaupun tak berjumpa dengan supervisor aku. 

April 2013
Masa ni kot, aah masa ni, dengan berbekalkan rebat rm200 kerajaan, akulah macai pertama membeli smartphone eh. Alah alcatel tambah RM50 tu. Masa ni lah aku kenal whatsapp, wechat, dan kakaotalk. eh. Masa ni jugak aku minat kat sorang gadis ni. So berbekalkan smartphone tambah 50, merasa la jugak whatsapp free. Dan waktu ini lah, tiap kali berselisih, aku tersenyum bapak lebar. Semuanya kerana seorang perempuan.

May 2013
Tak silap aku lah, bulan may, ahha malam dinner, itu highlights yang paling penting, dinner bebudak FKA, dan for the first time nya aku berpakaikan blazer lengkap, tapi masa ni aku noob lagi pasal fashion, kalau lah waktu tu aku power sedikit macam sekarang, mmmm mmg power aku malam tu. Ya, dinner ni lah aku daoat bergambar dengan gadis yang aku minat tu. Walaupun aku suruh paob yang mintakkan. Alahai, loser aku ni.

June 2013
Masa ni lah, masa ni lah, bulan kesedihan pabila bermacam masalah datang tembak bertubi tubi. Masalah personal lahmasalah study lah, paling hebat PSM aku hilang ditelan hard disk yang corrupted. Jahanam wei jahanam, macam hilang bini aku dibuatnya. Bulan ni jugak lah final exam, dan aku kantoi toyol dalam dewan, nasib baik lecturer baik hati. Yela lagipun aku tak sempat nak tiru, adil kan? kahkah

July 2013
Ini waktu selepas exam tamat, masing masing mencari kerja dan alhamdulillah aku start keje bulan July dan lega sedikit aku. Dah ada kerja tetap walaupun pointer alahai sedihnya. Tapi rezeki kan, kita tak tahu. Yea someone said to me, " I can make you smile." Yes, i will never forget that. Dan walaupun masih dalam kancah permasalahan, aku tetap teguh berdiri. Bekerja. Bila kerja, kita busy dan dapat lupakan sedikit masalah kita.

August 2013
Masa ni aku kerja macam biasa lah. Yea bulan puasa, menetap di KTHO, tak ramai kat sana, yang lain bercuti, hanya kita geng geng yang baru bekerja. Indah kehidupan waktu tu.

September 2013
Ini, september memang aku suka. Hari jadi aku. Even takda orang sambut atau bagi hadiah, aku sambut sendiri sendiri lah kan. Gaji dah dapat, aku belikan diri ni satu kamera, walaupun murah, aku suka kamera. Kamera mahal tak buatkan kau seorang photographer yang hebat. kehkeh. Okay, there's only one person wish me in private message. You orang tau lah kan. Aku memang masa tu gembira berguling guling. Dan aku ada berjanji yang aku akan jaga tangan aku ni dari terima sesuatu.

Oktober 2013
Highlights kat sini, konvo, yea konvo, dengan alasan konvo lah, aku dapat bertemu kau, si gadis yang aku minat. Bermacam taktik aku guna kan, strategi, semata mata nak jumpa kau. Even pergunakan rakan, actually tak pergunakan pun. Memangaku sanggup. Sebab aku ikhlas. Dan konvo, aku dapat tunjukkan pada mak bapak aku yang aku sudah berjaya. Dan waktu konvo aku hitam. Adeh.

November 2013
November rain, lagu yang aku putar tiap kali sampai rumah. Wajib.Tak banyak benda berlaku waktu ni, just satu je lah kot, aku kena outstation segamat. ehmmm.

Disember 2013
Ni lah kemuncak, sejak awal disember, aku sudah berani bawak kereta pusing area JB, waktu ni patutnya aku kerja tapi aku amik cuti atas sebab sebab tertentu, dan sebab tertentu itu, adalah sebab aku nak berjumpa kau. Aku bercuti ke Sabah, dan dari Sabah aku terus shot ke JB. Semata mata, semata mata, nak berjumpa kau dan menemani kau. Then dari JB shot ke KL. Yelah, disember kan.

Dan aku rasa, penutup 2013 aku takda lah happy ending atau sad ending. Sebab cerita belum habis, baru masuk season 2. Tergantung gitu.

Yea, memang, paling banyak highlights, adalah kau. Hati aku tak batu sebab kau.

Cerita belum tamat, kita tengok macam mana 2014. Tengok sama ada aku boleh bertahan atau macam mana. Aku takda mesin masa nak tengok future, jadi kita tunggu jelah. Semoga aku lebih bersemangat yea!

Adios.

1 comment

Che Wie said...

cincau yang manis.

Powered by Blogger.