Header Ads


Kisah Si A & B

Pada zaman dahulu kala,terdapat sebuah kampung diberi nama Kg Pinang Berbelah Dua.Di situ tinggalnya dua orang sahabat baik.Mereka sudah berkawan sejak kecil lagi.Namanya si A dan sorang lagi si B.Mereka berdua anak bujang.

Si A ni anak orang kaya,dan si B ni pulak anak orang sederhana.Memandangkan si A ni kaya sikit,so si B ni selalu la menumpang si A bila nak pergi jalan-jalan atau ke kedai kopi.Yela,si A kaya so dia ada kereta lembu sendiri.Si B selalu menumpangnya.Kawan,memang bantu membantu.

Tapi si A ni dia mempunyai hati yang,nak kata baik,takde la baik,nak kata jahat takde la jahat.Tengah-tengah.So,si A ni selalu la jugak marah-marah si B ni.Taktahula kenapa.Walaupun tengah bermain bersama,jika si A dikalahkan oleh si B,si A mesti bengang dan melontarkan kata-kata busuk kepada si B ni.

Dan si B pula tidak melawan.Sebab ape dia tidak melawan?Sebab nak jaga hati membe.Yela si B selalu menumpang si A,so terima jela segala kutukan dari si A ni.Jaga hati sahabat katanya.Dan si B ni juga mempunyai sifat memendam rasa,dia tidak berdendam,tapi pendam rasa marah,supaya tidak berlaku permusuhan antara mereka berdua.

Makin hari makin menjadi-jadi si A ni mengutuk dan mencaci si B.Akhirnya,si B sudah mula panas baran dan memberontak.Lalu si B menumbuk si A bertubi tubi tanpa belas kasihan.

Kesudahannya,adakah mereka berdua akan berbaik semula?

Atau mereka akan bermusuh sampai mati?

Anda yang tentukannya.

Adios.

1 comment

Namee Roslan said...

masing2 saling beralah lah..insyaAllah akan berbaik balik. kau ke tu wey ?

Powered by Blogger.