Header Ads


Budak-Budak Empunya Minda

Aku beberapa minggu yang lepas-lepas,ada terbaca pasal budak yang bajet hebat bila duduk kL.Bangga dengan kehidupan kat kL.Membe aku pun yang dari kampung masuk kL pun rasa macam kL tu sesak gila,susah bernafas katanya.
Tapi budak ni bangga duduk kL ada menara kembar,ada air pancut belakang rumah,ada patung buddha tepi jalan.Mereka bangga.

Dan mereka katakan yang kawasan kampung atau kawasan selain kL itu lapuk dan rasa kawasan selain kL itu tak best.

Dulu,aku pernah tulis pasal bestnya bila duduk kawasan kampung.Kau nak baca?Cari sendiri la.Aku malas nak kasi link,sebab aku pun kesuntukan masa.Sebab tula entry aku pendek-pendek je.Kejar masa.
Yelah,kerja pasaraya ni takde life.Takpe,cukup bulan aku berhenti kerja aku fokus pada blog dan pelajaran pulak.Tapi aku rasa aku akan lebih fokus pada blog.

Sebab tu aku kata aku bercuti.

Ok.

Fokus pada tajuk tadi,orang yang duduk kL memang la bangga dengan kawasan sendiri.Orang kampung pula akan kata kampung lagi best,sebab dah biasa dengan keadaan dan suasana di kampung.Biasa sangat dah panjat-panjat pokok ni.

Orang kL nak panjat ape?Panjat KLCC?Haha.

Kang kena tangkap pulak,spiderman malaya katakan.

Setiap tempat ada kelebihan dan keistimewaan sendiri la bro.Ada jugak lemah nya.Jangan bangga dengan kawasan sendiri jika belum merantau satu Malaysia.

Bila duduk kL la kan,orang kampung boleh lepak-lepak tepi KLCC kat air pancut ke?

Ayat budak-budak mentah.

Orang kampung balas,ah kitorang ada air terjun.Boleh mandi.Hang boleh mandi ka?

Kena sedas.

Selalunya budak-budak yang baru nak naik ni cakap macam ni,bangga dengan kL.Sebab tak pernah keluar dari kL yang sesak.Mungkin tak pernah sesak,sebab jalan kaki.Dengan awek pulak tu.Pegang tangan pulak tu.Tu yang syok sangat tu kan?

Kalau kat kampung jalan-jalan kat air terjun,kena tangkap basah kawen terus la.Kan?

Lihat sendiri.Ada kelebihan dan kekurangan tersendiri kan?

Kalau duduk kampung,maksiat mungkin kurang.Kalau ada pun maksiat terselindung.
Kalau duduk kL,maksiat terang-terang.

Jangan kau nak kata biar tunjuk kat orang,janji tak nyorok.

Gila ape tunjuk kat orang?Lagi-lagi bulan puasa ni.

Haish.

Dunia dunia.

Gelisah sementara,
Manipulasi antara kita,
dan bencana yang melanda,
Generasiku menjadi mangsa.

Adios.

p/s:layan lagu bunkface - dunia sikit.kehkeh.

7 comments

perempuan said...

aku dari kecik dok KL ni rasa bosan. rasa nak dok kat venice lak, hari hari romantis gitu.

Ibtisam Najmi said...

saya dah duduk banyak tempat.bagi saya,tempat tu takkan jadi best kalau kita tak open up or mind to accept the places as they are.masuk kandang harimau takkan nak mengembek pulak kan?

Raja Fiqri Fauwaz said...

Balik-balik, balik kampung jugak.

Dzarief Zuhdi said...

alah.. kalau time raya,mesti nak balik kmpung jugak kan.. tak dak nya org kata nak balik KL wlaupun kmpg dia mmg kat kl.. Whadkedehell la.. hahaha

aamalinaazman said...

Dunia dunia.

Gelisah sementara,
Manipulasi antara kita,
dan bencana yang melanda,
Generasiku menjadi mangsa.


i likee thiss!

Unknown said...

hehehe, entry yg pedas huhuhu

setiap tmpt mmg ada kelebihan dan kekurangan sendiri kan? hehehehe

Elih Japahar said...

saya setuju dgn Ibtisam najmi...bila masuk kawasan org, ikutlah keadaan disana..jgn berlagak pandai kalo pengalaman baru setahun jagung kan..

Powered by Blogger.